Friday, October 14, 2016

PERTANDINGAN POSTER DAN INOVASI KELAB 5S

12 Oktober 2016, Politeknik Seberang Perai - Pertandingan Poster dan Inovasi Kelab 5S telah disertai oleh seramai 123 orang pelajar dari Jabatan Induk iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah menyertai pertandingan ini. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai program iaitu DEP, DTK, DKM, DAT, DIB, DLS, DPM, DIP, DNS, dan DTP.

Objektif pertandingan ini adalah bagi mencungkil bakat dan meningkatkan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar selain daripada penjimatkan kos dengan menginovasikan bahan-bahan terpakai. Pertandingan ini juga dapat memperkenalkan dan berkongsi hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah organisasi.  Sikap bekerjasama di kalangan pelajar juga dapat dibentuk semasa perbincangan dan proses mencipta produk inovasi dan poster dijalankan.

Aktiviti pertandingan ini telah berjaya mempertingkatkan daya kreatif dan inovasi di kalangan para pelajar. Selain dari itu, pertandingan ini telah dapat memupuk sikap kerjasama di antara peserta untuk merancang, merekacipta dan membina projek inovasi di dalam pertandingan ini. Seterusnya, program ini dapat dilihat telah berjaya memupuk sikap mengelakkan pembaziran bahan-bahan terbuang dan terpakai seperti plastik, kertas, kaca dan bahan kitar semula yang lain. Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar dapat memikirkan cara-cara memulihara alam sekitar dan berjaya mencipta sesuatu projek inovasi yang boleh diaplikasikan di Politeknik Seberang Perai. 


Koleksi hasil ciptaan & rekaan bahan inovasi para peserta








No comments:

Post a Comment