Wednesday, February 8, 2017

08/02/2017 : Pemberian ISBN Garis Panduan EKSA

Buku Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik Seberang Perai (PSP) telah berjaya menerima nombor International Standard Book Number (ISBN 978-967-0783-29-1) daripada Perpustakan Negara Malaysia. Penerbitan Buku Garis Panduan EKSA ini merupakan hasil gandingan kerjasama daripada Jawatankuasa Induk EKSA PSP, Jawatankuasa Penyelaras Zon dan Jawatankuasa Audit EKSA PSP. 

Buku Garis Panduan EKSA ini mengandungi lima komponen iaitu Komponen A (Keperluan Utama), Komponen B (Ruang Tempat Kerja), Komponen C (Tempat Umum), Komponen D (Keselamatan Persekitaran), Komponen E (Kawasan Persekitaran) dan Komponen F (Komponen Khusus).  Buku ini diterbitkan sebagai rujukan dalam melaksanakan aktiviti ke arah pengurusan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan berkualiti di Politeknik Seberang Perai. 




No comments:

Post a Comment