Tuesday, January 30, 2024

Monday, December 11, 2023

Tuesday, November 28, 2023

29/11/2023 : Lawatan penandaarasan EKSA PSP ke Institut Aminuddin Baki (IAB) di Jitra, Kedah

 

29 November - Lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik Seberang Perai (PSP) telah diadakan dengan jayanya ke Institut Aminuddin Baki (IAB) di Jitra, Kedah.

Lawatan ini disertai 13 peserta yang diketuai oleh Penyelaras EKSA PSP, Puan Fazilatul Haida binti Hidzir, Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA, Puan Nurul Farhana binti Emran dan Setiausaha-Setiausaha Zon EKSA.

Delegasi EKSA PSP telah disambut baik oleh Timbalan Pendaftar IAB, Encik Khairul Badri bin Ahmad dan Puan Suriati binti Suhaimi, Pensyarah Cemerlang IAB selaku Champion EKSA di cawangan utara.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di IAB memandangkan agensi tersebut telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sejak 2015 lagi.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengetahui pembudayaan amalan EKSA yang telah diterapkan dalam kalangan staf IAB dan melihat beberapa aktiviti EKSA yang telah dlaksanakan sepanjang tahun 2015 hingga 2023.

Semoga EKSA PSP dapat membuat persiapan yang terbaik bagi menghadapi Audit Pensijilan EKSA pada September 2024 nanti.







Thursday, March 2, 2023

02/03/2023 : Kursus dan Majlis Pelancaran EKSA Kendiri 2023

 

Sekitar Kursus dan Majlis Pelancaran EKSA Kendiri 2023 yang telah dirasmikan oleh Encik Mazlan bin Che Mustapa, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PSP.

Kursus ini melibatkan semua ahli jawatankuasa EKSA PSP. Kursus telah disampaikan oleh Puan Suriati binti Suhaimi, pensyarah cemerlang dari Institut Aminudin Baki.